Alhamdulillah...dah habis dah Ramadan. Sedar tak sedar...Hari raya pun dah hampir dua minggu. Cepat sungguh masa berlalu kan....blog saya ni pun tak sempat update lebih sebulan dah.
Bulan Ramadan lepas memang sibuk sikit. Jadual penuh dari pagi hingga malam. Tapi saya sangat puas hati dan rasa amat bersyukur sebab beberapa cita cita saya tercapai.... Alhamdulillah, buat pertama kalinya saya mampu mengikuti tadarus Al-Quran sehingga qatam. Syukur sangat2. Selama ni, memang setiap tahun saya berazam nak qatam quran, tetapi selalu ada halangan. Syukur kali ini, Allah permudahkan....
Kumpulan tadarus Al Quran (wanita) di taman saya ni di anggotai oleh 14 orang. Jadi setiap hari (tak termasuk sabtu dan ahad), kami bermula tepat jam 9 pagi hinggalah ke jam 11.30 pagi mengaji. Memang betul lah...kalam-kalam Allah ni memang tak jemu di baca. Buat jiwa rasa tenang aje. Malah , sekarang saya rasa rindu hendak bertadarus lagi dan rasa seronok untuk terus mengaji. Ya Allah, aku mohon kepada mu,
permudahkanlah..semoga aku boleh terus membaca ayat ayat Mu.
Kami bertadarus secara santai aje. Tengoklah, pelbagai aksi rakan2 saya...rindulah momen2 ni..
Kak Mus, ketua mengaji kesayangan kami....terimakasih kak mus kerana sabar mengajar kami...Semoga Allah membalas segala usaha2 kak Mus..
Wah..seronoknya kami selepas berjaya Qatam Al Quran. Sempat posing posing kenangan tu dalam surau...
Bergambar di pintu gerbang untuk majlis Qatam Quran....








No comments:
Post a Comment