Photobucket

Tuesday, June 26, 2012

Azam Hari Raya 2012 : Nak buat kuih raya sendiri !

Tak sampai sebulan lagi dah nak puasa. Seperti kaum ibu yang lain, saya pun dah mula merancang macam2 untuk raya tahun ni. Tapi, bukanlah merancang nak buat baju baru ke...baju sedondon ke....atau nak tukar langsir atau perabut baru....tapi tahun ni mmg berbeza. Saya nak buat kueh raya sendiri.

Selalu, setiap tahun, saya main tunjuk je...memang kueh kat rumah tu..memang semua kueh tunjuk je. Tak de apa yang perlu di banggkan sangat bila orang datang. Jadi , at the end, bila orang dtg, saya akan tambah menu sendiri, buatan sendiri, mee bandung la..mee kari la...laksa la....chaw kueh teow.....

Terimakasih pada Wati, jiran sebelah umah yang ajak belajar buat kueh raya. I said, why not. Sekrang pun ada byk masa free kat umah. Baik kita tambahkan ilmu. Untuk belajar buat kueh sbyk 4 jenis selama 3 jam ini, kosnya ialah RM120. Saya yang tak biasa ni..memang terkejut badak la. Bagi saya, agak mahal..sebab saya tak biasa. Tapi bila saya survey kelas memasak yang byk di adakan di internet..kos ni sebenarnya amat murah, dan paling penting, ilmu tu....kita boleh duplicate...Mana lah tau...esok2 boleh jadi Chef pulak..buat kelas memasak...chewah...berangan lebih. Buat kueh ni pun belum tentu lepas lagi.... Apa apa pun...angan2 mesti ada kan....barulah jadi cita cita.

Tepat pukul 9 pagi, saya , wati ( Aurora Dearie)  dan seorang lagi jiran Zai, berjalan kaki ke rumah Nora Nabella Kakyong dengan penuh semangat dengan visi baru tahun ni. Kami nak buat kueh raya sendiri tahun ni ! YESS! Saya yang masih tak berapa sihat..bule lupa yang saya ni tak sihat...nak belajar punya pasal.... he he... Yang dah confirm...tahun ni, rumah kami ada ada 4 resepi kueh ni...yang sama....tak per la.....

Rasanya memang sangat sangat sedap. Semua yang test...kata sedap. Boleh amik order ni...he he....Dlm hati....untuk diri sendiri punya pun belum tentu lepas lagi..ha ha... Anyway...mana tau kot boleh buat another side income jugak kan...


Supaya tak lupa, lebih baik saya share ilmu yang saya belajar ni segera. Nak tak?


Kalo dah cuba, jangan lupa update komen kat bawah yer...nak ngak tahu...





Choc Chip Meringue Cookies

3 biji telur putih saiz A atau B
1 cawan gula castor
1/2 sudu teh cuka putih untuk salad
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh tepung jagung
2 cawan choclate chip


Caranya:


1. Pukul putih telur sampai putih dan berbuih tinggi
2. Campurkan gula dan mesin lagi sehingga putih dan gula agak hancur dan bila di terbalikkan besan, kandungan tidak jatuh
3. Campurkan esen vanila, cuka, mesin lagi
4. Campurkan choclate chip, dan gaul hingga chip agak sekata rata
5. Isikan adunan dlm piping beg dan picit2 sebesar saiz duit 20-50sen
6. Bakar pada suhu 150 selama 20-25 minit. Bila nampak dasar kueh dah keperangan, bule angkat









Choc Chip & Almond Nib Cookies


500 gram tepung ros (terbaik) atau tepung serba guna
250 grm butter 
80 gula icing
100 grm almond nib (dipotong kecil)
100 grm choc chip


1. Butter dan gula icing di mesin hingga putih dan ringan
2. Campur tepung sikit sikit
3. Campurkan almod dan choc chip
4. Bentukkan kueh seperti bola dan leperkan sehingga saiz sebesar duit 20-50sen
5. Buat patern, dengan menekan garpu di atasnya
6. Bakar pada suhu 170 selama 15 min










Choc Cluster


110 gram Choc bar/choc for cooking (jika ada choc berbentuk duit shiling tu lagi bagus, senang dicairkan)
3 sudu teh peanut butter creamy
2 cawan cornflakes
1/2 cawan almond stripe


Caranya:
1. Cairkan coklat atas air yang mendidih
2. Dah cair, campurkan peanut dan di kacau hingga rata
3. Gaulkan adunan bersama cornflakes dan almond
4. Masukkan dlm cawan kertas dan di sejukkan dlm peti sejuk hingga beku.










Choc Chip Amos Cookies


1 cawan butter
1 cawan gula castor
1 cawan brown sugar
2 biji telur
2 suduh teh vanilla esen
3 cawan tepung ros (atau tepung serba guna)
1 sudu teh baking soda
2 sudu teh air panas
1/2 sudu teh garam
2 cawan choc chip
1 cawan almond nib


* jika nak lebihkan choc chip atau almond, lagi sedap


Caranya:
1. Mesin butter, gula kastor dan brown sugar hingga ringan
2. campurkan telur dan esen vanilla dan mesin lagi
3. campurkan tepung sikit siksit
4. baking powder di bancuh dgn air panas di campurkan dlm adunan
5. Tambah garam, choc cip dan almond nibs
6. Masuk dlm piping beg dan picitkan sebesar saiz duit 20-50 sen. Jarak2 kan, sebab kueh akan kembang
7. Bakar selama 15 minit pada suhu 170
8. Jika nak warna cookies lebih gelap, bule tambah sikit serbuk koko









Alhamdulillah, percubaan pertama nampak berjaya...tapi ada cikgu tunjuk.. he he. Nanti nak try sendiri betul betul pulak.  Kalo sapa nak order...boleh lah submit your order now..he he....








1. Gunakan silicon mat untuk membakar kueh lebih senang
2. Butter dan telur pada suhu bilik
3. Jika nak mengasingkan kuning telur, simpan telur dlm peti ais sehingga sejuk, selepas tu keluarkan dan pecahkan seperti biasa, just ambil kuning telur keluar dgn tangan sbb lebih mudah, kuning telur tu dah keras sikit. Jadi tak der risiko, kuning telur tercampur di dlm putih telur
4. Mengenali tepung baru atau lama. Jika ianya agak padat di dlm bungkusan, ini bereti tepung lama, so sebelum guna elok di ayak. Jika tepung baru, tak perlu di ayak.
5. Untuk kawan2 yang tinggal di kawasan seremban, khasnya senawang, boleh beri barang2 membuat kueh lebih murah di kedai Rakan berhadapan dengan domino pizza di senawang
6.Adunan coklat tidak boleh kene air




No comments:

Post a Comment